Tuesday, July 1

Plan Yang Terlaksana Akhirnya...

Alhamdulillah..plan yang tertangguh akhirnya terlaksana berkat kerjasama from all my Workout Budyz.
So i'll let the pictures tell you the story. Enjoy!  


Tanggal 13 Mei '14. Sebelum bertolak, kami beramai2 berposing dulu depan studio. Itu dah macam 'ritual' kami. Hehee. Kami berkonvoi, ada dalam 5 buah kereta, kalau tak silap. A total of 22 ladies yang pergi, excited giler... termasuklah aku. Ahaks!

Setibanya di sana, ada bas Skytrex membawa kami ke lokasi. Dari entrance, memang jauh. Tak advise utk jalan kaki walaupun bagi tujuan warming up. Nampak tak segala kotak bagai tu? Bukan itu saja, banyak lagi yang kami angkut. Siap berpiknik!


Seperti biasa, aku dan Cik Camcorder aku memang tak dapat dipisahkan bila ada activity2 camgini. Memang dari awal aku plan nak buat video for this adventure dan alhamdulillah, a 12 minutes short journey successfully uploaded on YouTube. Uols boleh search SuperGayatLadies.

Inilah yang dinamakan wajah2 Miss Gedix 2014. Life is short, so enjoy & stay +ve. 


Setibanya di main entrance Skytrex, 'ritual' pun bermula lagi. 


Me, in front of Skytrex route. For this adventure kami ambil Big Thrill Adventure. Semoga dipermudahkan segala laluan atas yang disediakan dan semoga selamat turun! Phew!


Ritual lagi di registration counter. Sifu kami jeling dari jauh. Hehehe...

Kecuakan mula terpancar! Mahunya tak cuak! Sat lagi aku kena panjat tangga setinggi 6 bangunan. Bagi yang kata, "Kacang!", tali tu bukan condong macam escalator kat shopping complex ya. Tali tu menegak 90° hokayyy!!!

Aku dengan muka saspens...antara berani dan takut. Hehehe.


Sesi memakai pulley dan harness. 



Aku namakan ini Tangga Keramat. Once dah start climbing, walaupun baru 2, 3 anak tangga, there is no turning back. Sebabnya sebaik saja pulley dipasang, you have to proceed. Tangga nie nampak mudah tapi tricky sebenarnya. Ia terdiri daripada batang paip yang sederhana besar dan tali yg menjadi penghubung antara satu anak tangga ke anak tangga lain. Tapi yang lebih tricky ialah tangga ini tegak 90° and as you climb, the gravity keep pulling you. The higher you climb, you can feel the force is becoming stronger. Memanjat tu tak letih tapi melenguhkan tangan bcoz the gravity keep pulling you and your hand needs to stablize your strength. 


Akhirnya aku berjaya sampai ke puncak! But honestly, once aku sampai kat atas, lutut shaking like hell ditambah dengan penat memanjat. Tapi aku kena kuat sebab ada more than 20 adventures menunggu aku nun di atas!



 The zig-zag plank setinggi 6 tingkat bangunan.


Silhouete! Aku suka gambar nie.


Kena berjalan di atas selembar tali nipis dari ketinggian 26m. Nampak macam dekat, kan? Trylah!!!. Di depan aku ialah Nani, belakang aku ialah Hani. Nope, dorang bukan adik-beradik walaupun nama hampir sama. Hahaha!


Ini final adventure. Banyak adventure yang aku tak sempat nak snap pic sebab keadaan tak mengizinkan. So muka cuak dah hilang, timbul muka puas! Yehaaaa!!! 

Then, selepas semua orang selesai, kami pun berpiknik. Ekceli kami ada 2 geng. Geng Piknik dan Geng Panjat. Geng Piknik ni akan cari tempat dan bawa makanan untuk kami semua berkelah. Kebanyakan Geng Piknik nie tak panjat disebabkan faktor2 yang tidak membenarkan mereka melakukan xtvt lasak. Geng Panjat pulak jenis yang malas nak prepare makanan! Ahaks! So uols tengoklah makanan yang Geng Piknik bawak tu, banyak!!!! 

Wajah2 puas setelah berjaya menawan Skytrex. Dalam bas Skytrex, otw nak balik ke base. 



Macam itik pulang petang, kan? Kihkihkih...


Lastly, sebelum balik, kami sempat singgah kat restoran fastfood kejap. Bukannya nak makan pun, tapi nak menghilangkan rasa lelah dan berkongsi pengalaman masing2. Begitulah kami, Workout Budyz, bukan saja rakan stamina tapi dah macam adik-beradik. Semoga ukhwah ini berkekalan sehingga akhir hayat, amin....


 So, inilah total calories of the day. Good job!


Last but not least, one album for Super Gayat Ladies!

Nantikan update saya untuk adventure ke Gua Tempurung pula, insyaAllah! 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...