Monday, July 2

Rafflesia 1st Gala Dinner

Frankly, hati saya berbelah bahagi nak pergi ke dinner nie. Tapi bila fikirkan kawan2, lagipun dah lama saya tak jumpa mereka sebab saya baru saja pulang dari mengerjakan umrah, saya pergi juga. Itu pun saya klik 'going' dalam FB, 2 days before the event. 

Again, frankly, plan saya nak berjubah saja ke dinner tu. Pertama, malas nak cari baju 70's sebab itulah temanya. Secondly, saya baru jer balik umrah, so tak ada mood sebenarnya nak gathering-gathering nie, lagipun event tu pulak hari Jumaat, jadi saya rasa, lebih sesuai kalau saya berjubah.

Tup-tup, Diyana col saya tengah hari Jumaat. Ini antara skrip amoi tu...

"Yanti, i need your favour, dear. I nak mintak u jadi MC for tonite's event. I need someone yg gempak utk jadi MC. Boleh lar, dear..."

Aku dengan terkejut beruknya, mereply "Someone yg gempak utk jadi MC? Halo, amoi!!! You dah gila ker? I baru jer balik umrah taw... i datang pun pakai jubah jer! Lagipun u bgtaw last minute, i tak ada baju 70's"

Setelah dipujuk2 oleh amoi Diyana, aku pun cair. kalau bukan kawan, jgn harap aku nak tolong taw!!! Hehe...

Kebetulan en. hubby cuti, aku ajak dia temankan aku cari baju. Lepas solat Jumaat, kami terus ke The Store. Sebelum tu, sempat google hippie style. Aku memang dari dulu suka hippie style. I think it suits me better daripada aku pakai polkadot. Ahaks!

Utk makluman, bukan senang nak cari baju hippie, okeyyy! Payah, ntah berapa kali aku tawaf  The Store tu agaknya. Last sekali aku ternampak corak yg macam kena jer dgn gaya hippie, so aku pun rembat sehelai. Mujur tak mahal, RM35 jer... itupun after discount. Haha...

Then pergi cari ves pulak, mujur ada. Dgn berat hati, aku membayar RM53.90! Misi seterusnya mencari aksesori. Untuk aksesori jer berhabis dalam RM30. Ok, completed! Total damage = rm118.90...juz for one nite. Tapi not to wori sebab pakaian tu boleh mismatch.


Next mission, sediakan speech pulak. Aim aku, speech yg ringkas, straight to the point dan tak buat orang boring. Alhamdulillah, berjaya!


 Kusyuk betul para tetamu dengar celoteh MC malam tu. Bagus, bagus...


 Aku ialah antara 15 tetamu yg terawal... so dapatlah goodie bag. Tq, Rapi & Rafflesia. Muahhh!


 Aku dan Kak Liza... kami ni otai Rafflesia Studio. Hehehe...


 Pls help yourself....


 Jangan marah taw. MC dapat 2 hadiah, itulah untungnya jadi MC. Hehehe...thanx Rafflesia.


 One photo for the album... smile everyone!!!!!


Mujur aku tak ada stage-fright... pengalaman menjadi MC sejak zaman sekolah lagi byk mengajar aku hingga ke hari ini. Ada yg panggil aku hajjah malam tu... saja jer nak menyakat aku yer? Ada yg panggil aku muslimah hippie, mana2 pun boleh. 


 Sahabat-sahabat yg aku sayangi from Rafflesia Studio.
Size doesnt matter taw!!!!



Dapat hadiah lagi... syukur, murah rezeki. Last but not least, thanx to all our camerawomans for the pic. Walaupun ada yg blur, ada yg kurang memuaskan but the memories will remain forever. Maafkan saya sekiranya saya ada mengguris hati atau perasaan sesiapa atau kurang enak dgn cara bersahaja saya sepanjang saya menjadi MC pada malam itu, niat saja cumalah mahu berhibur bersama. Love you all.  

p/s: ekceli ada byk gambar dlm photoFB saya, tapi tak larat nak mengdownlod dari situ. Yg nie sy ambil mana yg sempat jer... 







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...